3 Laman Web Terjemahan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 laman web yang anda boleh gunakan untuk terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara percuma.

Menariknya, terjemahan ini tidak memerlukan sebarang bayaran dan ianya percuma kepada semua individu asalkan mereka mempunyai akses kepada internet.

Laman web ini ternyata memudahkan orang ramai dalam mencari terjemahan yang diperlukan dalam Bahasa Inggeri ke Bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, orang ramai perlu merujuk mereka yang pakar setelah menggunakan laman web-laman web ini bagi memastikan terjemahan tersebut betul dan mengikut konteks ayat yang diinginkan.

Berikut merupakan 3 laman web terjemahan yang boleh digunakan oleh orang ramai.

1. Google Translate

Google Translate merupakan laman web yang paling popular digunakan oleh orang ramai termasuklah pelajar untuk menterjemah sesuatu bahasa.

Menariknya, laman web ini menyediakan pelbagai bahasa untuk diterjemahkan dan tidak terhad kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja.

Namun, orang ramai diingatkan untuk sentiasa merujuk terjemahan ini dengan guru atau orang yang mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu kerana terjemahannya kadang kala terlalu terus dan tidak bertepatan dengan konteks ayat.

Berikut cara untuk menggunakan laman web Google Translate untuk terjemahan:

  1. Layari laman web https://translate.google.com.my/.
  2. Klik menu ‘Bahasa Inggeris’ pada kotak paling kiri dan klik menu ‘Bahasa Melayu’ untuk hasil terjemahan pada kotak paling kanan.
  3. Masukkan perkataan atau ayat yang ingin diterjemahkan
  4. Hasil terjemahan ke Bahasa Melayu dipaparkan secara automatik.

2. MyMemory

MyMemory ialah laman web terjemahan terbesar di dunia dan ianya adalah 100% percuma.

Laman web ini memberikan akses pantas kepada sejumlah besar terjemahan yang berasal daripada penterjemah profesional, LSP, pelanggan dan kandungan web pelbagai bahasa.

Ia menggunakan algoritma padanan yang sesuai untuk menyediakan terjemahan terbaik kepada orang ramai.

Cara penggunaan terjemahan ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://mymemory.translated.net/.
  2. Pilih padanan ‘Bahasa Inggeris’ pada kotak kiri dan ‘Bahasa Melayu’ pada kotak kanan.
  3. Masukkan teks atau ayat yang ingin diterjemah.
  4. Klik butang ‘Search.’
  5. Hasil terjemahan dipaparkan.

3. MalayTranslate.com

Laman web terakhir yang boleh digunakan adalah MalayTranslate.com.

Berbeza dengan laman web terjemahan yang lain, laman web ini hanya khusus untuk menterjemahkan dua bahasa sahaja iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Namun, terjemahan melalui laman web ini hanya terhad kepada 1000 aksara dan ayat akan dipotong jika melebihi jumlah aksara tersebut.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.malaytranslate.com
  2. Tandakan pada kotak ‘English to Malay.’
  3. Masukkan perkataan atau ayat yang ingin diterjemah.
  4. Klik butang ‘Translate.’
  5. Hasil terjemahan akan dipaparkan.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: