Ketahui 8 Hala Tuju Pengajian Selepas SPM

8-hala-tuju-selepas-spm

Lazimnya, pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mula berfikir mengenai hala tuju pengajian mereka selepas peperiksaan SPM tamat.

Selepas berakhirnya SPM, pelajar akan mula merancang untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di dalam atau luar negara.

Oleh itu, pelajar perlu memastikan mereka membuat pilihan yang bijak bagi menyambung pengajian sesuai dengan minat dan cita-cita mereka.

Di sini, akan diterangkan 8 hala tuju pengajian pelajar selepas SPM yang boleh menjadi pilihan pelajar bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

1. Matrikulasi KPM

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hala tuju yang paling popular bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.

Program Matrikulasi KPM program persediaan yang diwujudkan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke IPT dalam dan luar negara.

Pelajar yang menyambung pengajian di matrikulasi akan diberikan 4 pilihan jurusan iaitu:

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

2. Asasi (IPTA/IPTS)

Pelajar juga boleh menyambung pengajian Asasi di IPTA atau IPTS yang menawarkan pengajian ini.

Lazimnya, kebabanyakan IPTA atau IPTS dalam negara mempunyai program Asasinya sendiri sebagai laluan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.

Lepasan Asasi lazimnya akan mendapat tempat di di IPTA atau IPTS yang sama bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda kecuali beberapa beberapa IPT yang turut membenarkan lepasa Asasi daripada IPT yang lain.

3. STPM/STAM Tingkatan 6

Pelajar juga boleh memilih untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi aliran agama.

Pengajian Tingkatan 6 hanya ditawarkan di sekolah menengah yang terpilih sahaja dan tidak ditawarkan di semua sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Lepasan STPM dan STAM yang berjaya menamatkan peperiksaan terbabit akan teru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda ke IPTA atau IPTS dalam atau luar negara.

4. Diploma Universiti/Politeknik

Pelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat Diploma sebagai pilihan selepas mereka tamat SPM.

Program diploma merupakan salah satu program persediaan yang ditawarkan kepada para pelajar sebelum ke Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.

Namun, perbezaan program Diploma berbanding progam persediaan yang lain seperti Matrikulasi mahupun Asasi ialah tempoh masa pengajian Diploma lebih lama berbanding yang lain.

Ini kerana program Diploma menawarkan pengajian yang lebih spesifik berbanding pengajian Matrikulasi atau Asasi yang lebih umum.

5. TVET

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai minat dalam amalan industri. 

Skop pengajian TVET yang akan diikuti pelajar akan memberikan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor, dan pendedahan kepada latihan di industri.

Antara kementerian atau agensi yang mempunyai institusi pengajian TVET adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

6. International Baccalaureate

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke luar negara, mereka boleh menyambung pengajian International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA yang terpilih.

Program pengajian ini adalah program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester bagi pelajar yang terlibat.

Program ini dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

7. A-Level

Pelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat A-Level yang ditawarkan di Kolej MARA atau INTEC.

A-Level adalah program pra-universiti yang ditawarkan di Malaysia yang berdasarkan sistem pendidikan di United Kingdom.

Program ini dikendalikan oleh Cambridge Assesment International Education (CAIE) dengan tempoh pengajian adalah 12 ke 24 bulan.

8. PISMP

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi guru, mereka boleh menyambung pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Pelajar akan mengikuti PISMP di Institut Pengajian Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan di sekolah rendah.

Tempoh pengajian yang akan dilalui oleh pelajar menerusi program ini adalah selama 5 tahun.

Kepada pelajar yang akan membuat keputusan mengenai hala tuju selamat SPM, selamat membuat pilihan dengan bijak!

Kredit: Facebook Zeti Norani

Total
14
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post
tingkatan-6-stam-sma-maiwp

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2022

Next Post
pinjaman-pengajian-tinggi

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023

Related Posts