Tawaran Pensyarah Tasmi’ Jemputan Darul Quran JAKIM

Individu yang berminat untuk menjadi Pensyarah Tasmi’ Jemputan di Darul Quran JAKIM, permohonan jawatan kosong ini telah dibuka.

Darul Quran JAKIM ialah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Bermula pada tahun 1997, Darul Quran telah berpindah di kampus tetap iaitu di Kuala Kubu Bharu daripada Masjid Negara.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi jawatan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Mei 2022 iaitu pada hari Selasa.

Deskripsi Tugas

Pensyarah Tasmi’ Jemputan ini bertanggungjawab untuk:

  • Memastikan setiap pelajar mengikuti kelas tasmi’ bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian (Isnin hingga Jumaat).
  • Melaksanakan talaqqi, tasmi’ serta mentahqiq hafazan al-Quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan program i’adah pada setiap hari Jumaat.
  • Merekod kehadiran pelajar dan menyediakan laporan tasmi’ pelajar dalam buku rekod hafazan.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Memiliki kelulusan akademik dari Universiti Awam/IPTS, dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti berikut:
    – Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran; atau
    – Ijazah dalam bidang Pengajian Islam serta Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan ini adalah melalui cara berikut:

  1. Tulis surat permohonan perjawatan untuk jawatan ini
  2. Surat tersebut mestilah ditujukan kepada:

    Pengarah,
    Darul Quran JAKIM,
    Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    SELANGOR DARUL EHSAN.
    (u.p.: Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz)
  3. Sediakan resume yang lengkap.
  4. Hnatar surat dan resume melalui email ke alamat [email protected].

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tawaran Pensyarah Tasmi’ Jemputan ini, sila layari laman web Darul Quran https://www.darulquran.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: