Penajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA MyPac & ZPP

MyPAC dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menawarkan tawaran penajaan penuh kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermastautin di Pulau Pinang untuk Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA.

Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA adalah program kemasukan yang ditetapkan untuk graduan yang ingin meneruskan kerjaya dalam perakaunan dengan memperoleh pensijilan ACCA, badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global.

Menerusi program ini, pihak ZPP akan menaja lepas SPM yang berminat dan layak untuk memohon program ini bagi kemasukan Julai 2022.

Permohonan program ini telah dibuka mulai 27 Julai 2022 sehingga 1 Julai 2022 yang boleh dipohon secara online.

Tempoh Pengajian

Pelajar yang layak menyertai program ini akan mengikuti pengajian selama 4 tahun.

Mereka yang tamat pengajian dalam program ini akan diiktiraf sebagai Akauntan Profesional.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Bermastautin di Pulau Pinang.
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun.
  4. Minimum 5A dalam SPM termasuk Matematik dan B untuk Bahasa Inggeris.
  5. Berada dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.

Cara Memohon

Permohonan program ini boleh dibuat dengan merujuk cara memohon seperti berikut:

  1. Layari pautan berikut iaitu https://forms.gle/7BAqw9RXtRZkznBv8.
  2. Baca syarat permohonan yang ditetapkan.
  3. Klik butang ‘Next.’
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan sehingga tamat.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA, sila layari Facebook ZPP iaitu https://www.facebook.com/zakatpenang atau menghubungi MyPAC di talian 03-78319990 atau 012-9190210.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: