Kembali Ke Sekolah 2023 MBI: Sumbangan RM100 1 Keluarga

Warga Negeri Selangor yang mempunyai anak yang bakal mengikuti sesi persekolahan pada tahun 2023 boleh memohon sumbangan menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2023 di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).

Untuk makluman, MBI telah ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No: 3 1994) pada 21 September 1994.

Ia merupakan sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Selain itu, MBI juga berperanan mempromosi dan mendukung usaha pembangunan Negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 23 November 2022.

Jumlah Sumbangan

Jumlah sumbangan yang akan diterima oleh orang ramai adalah sebanyak RM100 bagi 1 keluarga.

Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 300 penerima sahaja bagi program ini.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:

  1. Ibu atau Bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Ibu atau Bapa pelajar mestilah pengundi di dalam Negeri Selangor.
  3. Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah
  4. Penerima bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu SRK, SK, SRJK Cina/Tamil, SMK dan SMJK.
  5. Penerima bantuan adalah kpd mereka yg tidak menerima bantuan daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan BINGKAS.

Tatacara Permohonan

Permohonan program ini boleh dibuat melalui borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat ADUN atau Pejabat Penyelaras DUN di seluruh Negeri Selangor.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan/MyKid/Surat Beranak pelajar
  2. Salinan kad pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga
  3. Sijil Kematian/Bercerai (jika berkenaan)
  4. Salinan slip pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga (jika tiada slip pendapatan lampirkan penyata KWSP yang terkini)
  5. Surat pengesahan mastautin (jika bukan warganegara/tidak menetap di Selangor)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai program ini, sila layari Facebook https://www.facebook.com/PINS.Selangor/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: