Permohonan UPUOnline Fasa 2 2024/2025

Bagi pelajar yang telah atau belum memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi akademik 2024/2025, permohonan kemasukan ke IPT melalui UPUOnline Fasa 2 2024/2025 telah dibuka.

Berikut maklumat mengenai perkara ini dan cara untuk memohon.

Mengenai UPUOnline

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.

UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.

Kemasukan Ke IPT

Sistem UPUOnline merupakan sistem yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf memohon kemasukan ke IPT berikut:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik Konvensional
  • Politeknik Premier
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  • Kolej Komuniti

Syarat Am Permohonan

Syarat am permohonan ke IPT bagi lepasan STPM/setaraf seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/My Kad sahaja.
  2. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kategori Permohonan

Kategori permohonan untuk ke IPT bagi fasa ini adalah seperti berikut:

i) Calon yang telah memohon Fasa 1

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali temu duga dan/atau ujian (calon STPM dan setaraf).
  • Kemaskini pilihan program berdasarkan keputusan sebenar SPM 2023 (calon kategori A sahaja).

ii) Calon yang belum memohon Fasa 1

  • Permohonan baharu UPUOnline kecuali program pengajian temu duga dan/atau ujian.

Cara Permohonan/Login UPUOnline

Bgai lepasan SPM atau STPM yang ingin memohon kemasukan ke IPT, sila ikuti langkah-langlah berikut untuk login UPUOnline:

  1. Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru.’mengisi semua maklumat pemohon dan maklumat keselamatan akaun.
  3. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
  4. Login semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Setelah berjaya login, isi semua info permohonan yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  6. Isi maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
    – Maklumat peribadi
    – Maklumat keluarga
    – Maklumat akademik
    – Pilihan program
    – Maklumat tambahan
  7. Setelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
  8. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
  9. Cetak Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Cara Kemaskini UPUOnline

Untuk mengemaskini UPUOnline, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Kemaskini maklumat yang diperlukan.
  5. Pastikan semak semua maklumat yang diisi adalah betul.

Kaedah Pembelian Nombor Pin

Untuk pembelian nombor pin, kaedah pembelian nombor pin boleh dibuat menerusi:

  • Buat pembelian secara online (ada no akaun BSN); atau
  • Buat pembelian di kaunter BSN yang berhampiran.
  • Buat pembelian di ATM BSN.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan UPUOnline Fasa 2 2024/2025, sila layari laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: