Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Buku teks Matematik Tingkatan 4 ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Buku ini terdiri daripada 10 bab yang disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 4.

Pada permulaan bab di dalam buku ini, murid-murid diperkenalkan kepada bahan rangsangan yang berkaitan dengan kehidupan harian untuk merangsang pemikiran murid tentang konsep sesuatu topik.

Di samping itu, standard kandungan dan daftar kata turut disertakan untuk memberikan gambaran ringkas tentang kandungan bab.

Berikut dikongsikan kandungan buku teks ini serta jawapan untuk rujukan pelajar serta guru.

Kandungan Buku Teks

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

i) Bab 1 Fungsi dan Persamaan Kuadratik dalam Satu Pemboleh Ubah

  • Fungsi dan Persamaan Kuadratik

ii) Bab 2 Asas Nombor

  • Asas Nombor

iii) Bab 3 Penaakulan Logik

  • Pernyataan
  • Hujah

iv) Bab 4 Operasi Set

  • Persilangan Set
  • Kesatuan Set
  • Gabungan Operasi Set

v) Bab 5 Rangkaian dalam Teori Graf

  • Rangkaian

vi) Bab 6 Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

  • Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
  • Sistem Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

vii) Bab 7 Graf Gerakan

  • Graf Jarak-Masa
  • Graf Laju-Masa

viii) Bab 8 Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul

  • Serakan
  • Sukatan Serakan

ix) Bab 9 Kebarangkalian Peristiwa Bergabung

  • Peristiwa Bergabung
  • Peristiwa Bersandar dan Peristiwa Tak Bersandar
  • Peristiwa Saling Eksklusif dan Peristiwa Tidak Saling Eksklusif
  • Aplikasi Kebarangkalian Peristiwa Bergabung

x) Bab 10 Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan

  • Perancangan dan Pengurusan Kewangan

Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 4

Buku Teks Digital Matematik Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:

Skema Jawapan

Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:

CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: