Permohonan Agihan Pengurusan Sekolah Agama Kedah 2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pengurusan sekolah agama di negeri tersebut untuk memohon Agihan Pengurusan Sekolah Agama Negeri Kedah bagi tahun 2023.

Agihan Pengurusan Sekolah Agama Negeri Kedah ialah bantuan yang diberikan oleh LZNK kepada pengurusan sekolah rendah/menengah agama/pondok/tahfiz yang memenuhi syarat kelayakan.

Pengurusan sekolah agama yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka sehingga 30 April 2023 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Jumlah Agihan Pengurusan Sekolah Agama

Jumlah agihan zakat dan jenis penggunaan peruntukan (yang diluluskan) adalah tertakluk kepada ketetapan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh LZNK kepada pengurusan sekolah yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Sekolah berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
  2. Status tanah diwaqafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
  3. Tidak Termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan seumpa dengannya.

Cara Permohonan Agihan Pengurusan Sekolah Agama

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan melalui pautan https://www.zakatkedah.com.my/wp-content/uploads/2023/04/BORANG-BANTUAN-PENGURUSAN-SEKOLAH-AGAMA-NIDZOMI-LZNK.pdf?fbclid=IwAR03Vj5ZMkq–VMM2maF3jCOZs3nR5QHzDg69zP2MVkX8k7tEWm57UB8cJo
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar permohonan kepada Bahagian Pendidikan, LZNK melalui serahan tangan atau email ke [email protected].

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Profil Pengenalan Sekolah (disertakan bersama gambar persekitaran sekolah).
  2. Salinan Akaun Bank Sekolah.
  3. Salinan Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua/Mudir.
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Sekolah.
  5. Salinan Geran Tanah Sekolah/Pondok/Tahfiz atau surat yang tertera status tanah Waqaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
  6. Senarai Nama Guru/Kakitangan Sekolah (nama, umur, no kad pengenalan).
  7. Senarai Nama Pelajar yang sedang menuntut pengajian di sekolah (nama, umur, no kad pengenalan).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Agihan_Pengurusan Sekolah Agama Negeri Kedah, sila layari laman web http://www.zakatkedah.com.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: