Permohonan Agihan Zakat Guru Agama LZNK 2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan Agihan Zakat Guru Agama bagi mereka yang pendapatan bawah RM2,000.

Pelaksanaan agihan zakat ini diberikan khusus kepada guru agama di negeri tersebut yang berpendapatan rendah iaitu berpendapatan RM2,000 ke bawah bagi membantu mereka meneruskan kehidupan harian mereka.

Justeru itu, guru agama di Negeri Kedah yang memenusi syarat adalah dialu-alukan untuk memohon agihan zakat ini dan permohonan dibuka sehingga 20 Februari 2023.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan ke atas.
  2. Pemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
  4. Pemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
  5. Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.
  6. Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.
  7. Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.
  8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.

Cara Memohon

Cara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://agihan.zakatkedah.com.my.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Pilih skim zakat dan masukkan no kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Teruskan.’
  4. Klik butang ‘Ya, Teruskan ke Borang.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Selepas semua maklumat dan dokumen di muat naik, buat pengesahan dan hantar permohonan.

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (kad pengenalan baru sahaja).
  2. Salinan slip gaji.
  3. Borang pengesahan pekerjaan dan perakuan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji) https://agihan.zakatkedah.com.my/docs/Borang-Pengesahan-Pendapatan_GURU_AGAMA-2022.pdf
  4. Salinan akaun bank (selain ASB dan Tabung Haji).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Guru Agama, sila hubungi Divisyen Agihan LZNK di talian 1-800-88-1740.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: