Agihan Zakat Untuk Pelajar Institusi Pondok Negeri Kedah

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pelajar di Institusi Pondok Dalam dan Luar Negara yang berkelayakan untuk memohon Agihan Zakat Untuk Pelajar Institusi Pondok.

Tujuan agihan ini diwujudkan adalah untuk menampung sebahagian kos pembelian kitab dan peralatan pengajian sepanjang menuntut pengajian di Institusi Pondok secara sepenuh masa.

Pelajar Institusi Pondok yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 11 November 2022 sehingga 3 Disember 2022.

Jumlah Agihan

Jumlah agihan yang akan diterima pelajar adalah seperti berikut:

  • RM 500.00 bagi pelajar dalam negara.
  • RM1,000.00 bagi pelajar luar negara.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang untuk pelajar yang ingin memohon agihan zakat ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun.
  • Pelajar berumur antara 13 hingga 25 Tahun pada tahun 2022.
  • Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.
  • Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dan diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti kedutaan, institut pengajian atau persatuan pelajar berkaitan bagi Pondok Luar Negara.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://bit.ly/AgihanPelajarPondok.
  2. Klik butang “Permohonan Baharu”
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang “Hantar Permohonan.”

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar).
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga.
  3. Borang Pengesahan Status Pengajian oleh Pusat Pengajian iaitu https://bit.ly/BorangPengesahanStatus.
  4. Salinan Sijil/Maklumat Pendaftaran Pondok dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau JAKIM.
  5. Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (pelajar).
  6. Bagi Pelajar yang pengajian di Luar Negara sila muat naik surat/sijil kebenaran operasi pondok dari agensi kerajaan dan visa/passport pelajar (bagi pemohon yang belajar di luar negara sahaja).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Untuk Pelajar Institusi Pondok Negeri Kedah, sila hubungi Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-7331740.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: