SAP: Permohonan Agrobank Scholarship Award Program

Agrobank telah menawarkan satu lagi biasiswa kepada mereka yang menyambung pengajian ke ijazah pertama iaitu Agrobank Scholarship Award Program (SAP).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Agrobank Scholarship Award Program

Agrobank Scholarship Award Program atau SAP merupakan biasiswa penuh bagi pelajar cemerlang dalam pengajian ijazah sarjana muda.

Menerusi biasiswa ini, ia akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik tanpa bebanan kewangan dan juga membina jaringan profesional bersama Agrobank.

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan biasiswa ini dengan kadar segera.

Faedah Biasiswa

Faedah biasiswa yang bakal diperoleh pelajar adalah seperti berikut:

  • Tajaan penuh pengajian
  • Peluang latihan industri dan bimbingan bersama Agrobank
  • Sokongan pembangunan peribadi dan profesional

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat untuk memohon perlu mengikuti syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur antara 18 hingga 23 tahun.
  3. Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti tempatan.
  4. Bidang pengajian berkaitan seperti: Kewangan, Perakaunan, Ekonomi, Pertanian, Syariah, Perniagaan, Pemasaran.
  5. Memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.50.
  6. Mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 4 semester sebelum menamatkan pengajian.
  7. Mendapat keputusan MUET minima Band 4 ke atas.
  8. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  9. Memiliki kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik.
  10. Tidak menerima sebarang tajaan lain.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila imbas kod QR dalam poster atau hantar permohonan ke alamat emel [email protected].

Info Lanjut

Info lanjut mengenai biasiswa pengajian ini, sila layari laman web https://www.agrobank.com.my/.

Baca juga: Pinjaman Pelajaran MARA: Kursus Perubatan & Pergigian Universiti Al-Azhar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: