Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS Sesi Julai 2023

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran boleh memohon kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS Sesi Julai 2023.

Akademi Kemahiran KEMAS diwujudkan sebagai tempat untuk meningkatkan kemahiran serta memperkasakan program TVET sebagai nilai tambah kepada masyarakat di dalam menuju wawasan negara.

Pelajar yang menyambung pelajaran di akademi ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Individu yang berminat untuk memasuki akademi ini, mereka boleh membuat permohonan segera menerusi borang permohonan yang disediakan.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Kemudahan yang ditawarkan di akademi ini adalah seperti berikut:

  • Yuran pendaftaran percuma
  • Kemudahan asrama
  • Makan minum percuma
  • Elaun bulanan (Sijil RM250, Diploma RM300)
  • Kos bahan pembelajaran ditanggung

Lokasi Akademi

Lokasi akademi kemahiran ini di seluruh negara adalah seperti berikut:

  • Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak (AKKGO)
  • Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)

Bidang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan menerusi akademi ini adalah seperti berikut:

i) AKKGO

  • Pembuatan Pakaian Wanita (Sijil Tahap 3-12 Bulan)
  • Pentadbiran Fesyen dan Pakaian (Diploma Kemahiran Tahap 4-24 Bulan)

ii) AKKSI

  • Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Sijil Tahap 2 dan 3- 12 Bulan)
  • Jahitan Pakaian Lelaki (Sijil Tahap 2-12 Bulan)

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke akademi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
  3. Kelayakan Akademik:
    – SPM/SPM (V)/SPVM
    – Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
  4. Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
  5. Status Perkahwinan: Bujang
  6. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan
    lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
  7. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Penyediaan dan Pembuatan makanan dan Pembuat Pakaian Lelaki wajib memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang yang dipohon.
  8. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 – ( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
  9. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran dan Slip Pengesahan Persijilan di dalam sistem mySPIKE (semakan SKM).
  10. Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://sg.docworkspace.com/l/sIMG427xFwLDWowY.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Sila hantar ke Pejabat KEMAS Negeri untuk diproses permohonannya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS ini, sila hubungi:

  • AKKGO: 05-3572527
  • AKKSI: 05-3712102
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: