Kemasukan Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) 2025/2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan Tiga (3) bagi tahun 2023/2024 untuk memohon program yang ditawarkan bagi ambilan 2025/2026 Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab.
Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara untuk memohon.
Mengenai Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab
Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan Program Ulul Albab yang menawarkan pengajian turath bagi murid-murid aliran sains tulen pada peringkat menengah atas.
Matlamat penawaran pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah sebagai nilai tambah kepada pengenalan asas pengajian turath disamping penguasaan hafazan 30 juzuk bagi murid-murid aliran sains tulen.
Pelaksanaan al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan usaha KPM untuk memberi peluang kepada murid-murid cemerlang menggabung jalin ilmu agama dan ilmu sains secara holistik yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu ‘Aqli) bagi melahirkan generasi ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang mengikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.
Lokasi Pengajian
Lokasi pengajian adalah di:
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut,
Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz,
Yayasan Terengganu Besut & Kota Putra,
22200 Besut Terengganu.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Keutamaan kepada murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agamaNegeri (PBAN).
- Pemilihan permohonan akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).
- Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran mencapai Tahap Penguasaan 5 (TP5) termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– Matematik
– Sains
– Pendidikan Islam/Usul al-Din/ al- Syariah
– Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah - Pemohon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.
- Calon akan melalui proses temu duga secara bersemuka di pusat temu duga terpilih dan perlu hadir membawa dokumen seperti yang berikut:
i) Salinan keputusan akhir PBD 2024/2025
ii) Salinan keputusan UASA 2024/2025
iii) Buku rekod hafazan al-Quran
iv) Salinan pelaporan PAJSK
v) Salinan perakuan disiplin murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid atau perakuan rasmi pihak sekolah.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2024 hingga 19 Januari 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan portal berikut https://bit.ly/syahadahulya.
Temu Duga Kemasukan
Pemohon akan melalui proses temu duga terpilih dengan bidang yang akan diuji dalam ujian temu duga adalah seperti berikut:
- Hifz al-Quran (Lisan)
- Bahasa Arab (Lisan)
- Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains (Bertulis)
- Pengetahuan Am Tajwid dan Adab Hamalatul Quran
- Personaliti (Lisan)
Semakan berkaitan temu duga adalah seperti maklumat yang berikut:
- Status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui pautan https://bit.ly/syahadahulya pada 29 Januari 2025.
- Calon yang berjaya dalam temu duga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temu duga melalui pautan https://bit.ly/syahadahulya pada 16 Februari 2025.
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman web.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/iklan-pengambilan-murid-al-syahadah-al-ulya-ulul-albab-tingkatan-4-sesi-2025-2026.
Baca juga: Permohonan Tingkatan 4 SMA Negeri Johor 2025