Yayasan Sultan Iskandar Johor telah menawarkan Anugerah Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 kepada pelajar lepasan Ijazah yang berminat untuk menyambung pengajian pascasiswazah dan menerima biasiswa.
Untuk makluman, Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah yayasan yang ditubuhkan dengan objektif utama untuk mewujudkan dan mengekalkan dana bukan sahaja untuk tujuan saintifik dan kebajikan tetapi juga untuk mempromosikan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar telah berjaya menamatkan Ijazah pertama mereka serta merancang untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah secara sepenuh masa di mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf pada tahun semasa iaitu 2022.
Permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 15 Ogos 2022 menerusi borang permohonan yang telah disediakan.
Nilai Biasiswa
Elaun biasiswa yang menarik ditawarkan meliputi perbelanjaan sara hidup, yuran pengajian, elaun buku dan tesis akan disediakan oleh Yayasan Sultan Iskandar Johor.
Pelajar yang menerima biasiswa ini tidak terikat dengan yayasan selepas tamat pengajian dan bebas untuk mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta tetapi mereka digalakkan untuk bekerja di sektor awam di Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajiannya.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk menerima biasiswa ini adalah:
- Matematik
- Kejuruteraan
- Sains
- Undang-Undang
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Berumur di bawah 40 tahun.
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Ijazah Atas Kelas Kedua atau 3.50 PNGK pada Ijazah Pertama untuk Sarjana dan PNGK tidak kurang daripada 3.50 pada peringkat Sarjana untuk Ph.D.
- Pemohon mesti boleh mendapatkan cuti belajar jika mereka bekerja dan mengemukakan surat daripada majikan mereka untuk mengesahkan perkara ini.
- Pemohon mestilah telah ditawarkan tempat untuk membuat pengajian pasca siswazah di universiti tempatan pada bila-bila masa tahun ini (2022). Mereka yang telah bermula sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.
- Tidak menerima biasiswa/pinjaman/bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://www.ysij.org.my/borang-permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Borang permohonan tersebut mestilah dihantar menggunakan pos bersama setem RM1.20 dan sampul surat 16cm x 23cm ke alamat:
The Executive Secretary
YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR
Rumah Johor, JKR 1255
Jalan Carruthers,
Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Anugerah Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 Yayasan Sultan Iskandar Johor, sila layari laman web https://www.ysij.org.my/.