Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan permohonan bagi Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB telah dibuka sehingga 24 Jun 2022.
Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB merupakan program biasiswa yang memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di luar negara.
Anugerah biasiswa ini telah diperkenalkan sejak 25 tahun lalu dan telah membantu ramai anak Malaysia untuk mencapai impian masing-masing.
Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh PNB sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di luar negara.
Oleh itu, calon-calon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 dialu-alukan memohon dan pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak PNB.
Syarat Permohonan
Pemohon yang ingin membuat permohonan mestilah mematuhi syarat-syarat permohonan berikut:
- Memperolehi gred minima 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) sahaja) bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (Gred A– (Cemerlang) tidak diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A).
- Memperolehi gred minima 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia 2020.
- Umur pemohon tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2022.
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan serta mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.
- Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
Tatacara Permohonan
Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah ini:
- Klik link berikut https://scholarship.pnb.com.my/scholarship/hravenue_schlogin.jsp?fbclid=IwAR1cGblH3it6yJ7sX3x2P_z_LmjpQk0xcjOY1Appecd0WM3Jewib1WYH8fU.
- Klik butang “Register.”
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Save & Next.”
- Masukkan username, kata laluan, dan kod yang ditunjukkan.
- Lengkapkan permohonan dan ikut arahan seterusnya.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
Keterangan Lanjut
Keterangan lanjut mengenai Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB, sila layari laman web https://www.pnb.com.my/.