Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas 2022 Maxis

Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 kini berpeuang untuk mendapat geran pelajar menerusi Anugeran Gemilang eKelas 2022 daripada Maxis.

Apakah itu Anugerah Gemilang eKelas? Anugerah Gemilang eKelas adalah inisiatif dalam bentuk geran pelajar yang direka khas untuk mengiktiraf usaha pelajar terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, anugerah ini juga diperkenalkan untuk memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Bentuk Geran Pelajar

Murid yang mendapat anugerah ini akan menerima bentuk simpanan berjumlah RM600 dan RM1,200 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN Plus oleh PTPTN.

Kriteria Pemilihan

 Penilaian anugerah ini dibuat berdasarkan 2 perkara:

  1. Peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/Percubaan SPM 2022 yang dibandingkan dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2021.
  2. Peningkatan dalam keputusan ujian Penilaian Akhir eKelas yang dibandingkan dengan keputusan ujian Pra-Penilaian eKelas.

Murid perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred atau mengekalkan gred A, contohnya:

  • Gred E meningkat ke D
  • Gred D meningkat ke C
  • Gred C meningkat ke B
  • Gred B meningkat ke A
  • Gred A kekal di Gred A

Pemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih di Maxis, dan kriteria tahun 2022 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya dan semua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa tersebut.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang boleh dipohon oleh murid yang ingin mendapatkan anugerah ini adalah:

  1. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun sebagai Pelajar dalam portal eKelas sebelum 31 Januari 2023.
  2. Berasal dari keluarga B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan).

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://www.ekelas.com.my/.
  2. Daftar masuk ke dalam portal eKelas.
  3. Klik menu “Competition” dan klik “Anugerah Gemilang.”
  4. Ambil ujian Pra-Penilaian dan Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman tersebut.
  5. Isi borang permohonan Anugerah Gemilang.
  6. Muat naik semua dokumen yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai anugerah ini, sila layari laman web https://www.ekelas.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: