Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM 2023 Yayasan LTAT

Yayasan LTAT kini membuka permohonan kepada anak-anak warga ATM yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 untuk memohon Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai anugerah ini.

Mengenai Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM ini diwujudkan bagi menghargai anak-anak warga ATM yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Untuk makluman, Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.

Objektif utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan dana dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa atau bantuan pelajaran kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pengajian mereka.

Bagi anak-anak warga ATM yang berminat memohon anugerah kecemerlangan ini, mereka boleh membuat permohonan sehingga 10 Jun 2023 (Isnin).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi individu yang berminat memohon anugerah kecemerlangan ini adalah seperti berikut:

  1. Memperolehi keputusan 5A dan keatas dalam peperiksaan SPM atau setaraf pada tahun 2023 sahaja.
  2. Permohonan ini terbuka kepada anak-anak:
    – Anak anggota ATM dan anak anggota kerahan yang sedang berkhidmat sahaja.
    – Anggota yang masih berkhidmat pada hari pertama peperiksaan SPM.
    – Anggota yang sedang menjalani kursus peralihan.

Kategori Permohonan Tidak Layak Memohon

Terdapat 2 kategori permohonan tidak layak memohon iaitu:

  • Anak-Anak Pesara/Balu Tentera.
  • Anak-Anak Anggota Wataniah bukan sepenuh masa.

Tatacara Permohonan

Permohonan anugerah kecemerlangan ini boleh dirujuk melalui tatacara permohonan di bawah:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1VI1YuPCSdBMjWPfIyAtgzyUiWfzgwrPW?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3CyDrzGVJAZxITVu1FsXaIianUlH2EPIn5ycFsDgxlwyDBmYoDC4MlyMU_aem_AbIUX-yxVuVXmfxvO0iEPJPJngmAdbMxSnIHADrX1LWqJMMrGp7QD92iNDCCveztUc0dzm_xDBX2PilqQD97OqBr
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen ke alamat sama ada:

    – Darat:
    Markas Tentera Darat
    Cawangan Sumber Manusia
    (Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD)

    – Laut
    Markas Tentera Laut
    Cawangan Pembangunan Sumber Manusia
    (Untuk Perhatian: Pejabat Pendidikan)

    – Udara:
    Markas Tentera Udara
    Cawangan Perkhidmatan
    (Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon permohonan ini adalah seperti:

  • 2 x Salinan Keputusan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • 2 x Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  • 2 x Salinan My Tentera Bapa/Penjaga.
  • 2 x Salinan My Tentera Ibu/Penjaga.
  • 2 x Salinan PERBAH 2 bagi Anak Angkat/Anak Tiri (jika berkenaan).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM, sila layari laman web https://www.ltat.gov.my/ms/ltatmy/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: