Permohonan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021 Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan menawarkan sumbangan kepada anak-anak Negeri Kelantan yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2021 menerusi Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021.
Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan adalah sebagai penghargaan yang diberikan Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengiktiraf kepada anak-anak Negeri Kelantan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Permohonan anugerah ini mula dibuka pada 14 September 2022 (Rabu) dan tarikh akhir penyerahan borang ialah pada 29 September 2022 (Khamis) jam 12.30 tengah hari.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan anugerah ini adalah seperti berikut:
- Mencapai keputusan seperti berikut:
– SPM 2021 (9A ke atas)
– STAM 2021 (Pangkat Mumtaz)
– STPM 2021 (4 Prinsipal A ke atas) - Anak Kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan dan di luar negeri Kelantan.
- Anak bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di Negeri Kelantan.
Untuk perhatian, “Anak kelahiran Kelantan” bermaksud seseorang yang berada dalam salah satu dari
pengkelasan-pengkelasan di bawah:
- Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana bapanya adalah seorang Melayu.
- Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang Islam.
- Sesiapa sahaja walaupun di mana ia dilahirkan yang bapanya lahir di Kelantan.
- Sesiapa sahaja walaupun di mana ia dilahirkan di mana kedua-dua ibu dan bapanya adalah berbangsa Melayu dan tinggal bermastautin di Kelantan untuk sekurang kurangnya selama 15 tahun.
- Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana bapanya juga dilahirkan di Kelantan.
Cara Memohon
Untuk memohon, sila ikuti cara-cara permohonan berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan http://www.yik.edu.my/v3/index.php/component/jdownloads/send/25-awam/331-borang-permohonan-anugerah-kecemerlangan-peperiksaan-2021-sumbangan-kerajaan-negeri-kelantan?Itemid=0.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang dan semua dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan,
Peti Surat 248, Lebuhraya Tunjong-Pasir Mas,
16010 Kota Bharu,
Kelantan.
(Bahagian Pendaftaran, Unit Peperiksaan YIK-Tingkat 1, Blok C)
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu diberikan adalah seperti berikut:
- Sijil Asal Peperiksaan (ditunjukkan semasa penyerahan borang).
- Salinan Sijil Peperiksaan yang disahkan.
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
- Salinan Surat Beranak ibu/bapa bagi pemohon luar Kelantan yang disahkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021, sila layari laman web http://www.yik.edu.my/v3/.