Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan YT

Yayasan Terengganu (YT) telah membuka permohonan bagi murid yang telah mendapat keputusan SPM, STPM dan STAM yang cemerlang untuk memohon Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021.

Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM diberikan kepada murid-murid daripada Negeri Terengganu yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM, dan STAM.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:
    – Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)
    – Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)
    – Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtaz
  2. Ibu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atau
  3. Ibu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu;
  4. Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.

Cara Memohon

Permohonan anugerah dan hadiah kecemerlangan ini boleh dipohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/
  2. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan adalah betul dan lengkap.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa bukan rakyat Terengganu yang telah disahkan.
  3. Keputusan peperiksaan SPM atau STPM atau STAM yang disahkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: