Terjemah Rumi Ke Jawi Menerusi Aplikasi Jawi Atas Talian MUIP

Tahukah anda, anda kini boleh menterjemah rumi ke jawi menerusi Aplikasi Jawi Atas Talian?

Anda kini boleh menterjemah rumi ke jawi hanya secara atas talian menerusi aplikasi yang dibangunkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu orang ramai memartabatkan semula tulisan jawi yang telah digunakan sejak sekian lama.

Tambahan pula, aplikasi ini adalah sebahagian daripada usaha MUIP memartabatkan tulisan Jawi sebagai simbol dan warisan kebudayaan bangsa Melayu.

Sebelum ini, MUIP aktif memartabatkan tulisan jawi menerusi penganjuran siri-siri bengkel dan seminar Jawi yang melibatkan institusi pendidikan di seluruh daerah di negeri Pahang.

Kelebihan Aplikasi

Antara kelebihan aplikasi ini yang boleh dinikmati oleh orang ramai adalah:

  • Mudah digunakan.
  • Hasil terjemahan yang pantas.
  • Penggunaan secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi yang mempunyai perkhidmatan internet.

Cara Penggunaan

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi ini menerusi cara penggunaan berikut:

  1. Layari http://ebayt.muip.gov.my/jawi/ bagi atas talian atau muat turun menerusi Android dan IOS.
  2. Klik bahagian ‘Terjemah Jawi ke Rumi.’
  3. Masukkan perkataan yang ingin diterjemahkan.
  4. Klik butang ‘Rumi—-> Jawi.’
  5. Salin perkataan yang ditermejahkan tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Aplikasi Jawi Atas Talian ini, sila hubungi:

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Istana Permai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
No Tel: 09-4221311.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *