MARAeps: Bayar Yuran Pengajian MRSM Secara Online

Ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh membayar yuran secara atas talian menerusi aplikasi MARAeps.

Untuk makluman, MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA.

Tujuannya aplikasi ini diwujudkan adalah untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.

Menerusi aplikasi ini, ia memudahkan ibu bapa yang dapat membuat pembayaran yuran MRSM pada bila-bila masa dan di mana juga.

Oleh itu, ibu bapa adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini untuk membayar yuran MRSM anak mereka tanpa perlu hadir ke sekolah.

Ibu bapa boleh mengakses aplikasi ini di secara atas talian atau memuat turun menerusi GooglePlay/Applestore secara percuma.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan MARAeps

Selain pembayaran yuran pengajian MRSM, perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut:

  • Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
  • Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
  • Pembayaran Kursus/Program berkala MARA
  • Pembayaran Yuran Pengajian TVET dan IPMA.
  • Pembayaran Rumah Rehat MARA.
  • Pembayaran caruman dan lain lain fasiliti MARA.

Cara Bayaran

Terdapat 2 cara bayaran yang digunakan di dalam aplikasi ini iaitu:

  • Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
  • Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)

Cara Membuat Pembayaran

Untuk membuat pembayaran yuran pengajian MRSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://bayar.maraeps.my/ atau muat turun aplikasi menerusi GooglePlay/Applestore.
  2. Klik bahagian “Daftar Baharu.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar.”
  4. Log masuk dengan memasukkan Username dan Kata Laluan.
  5. Klik bahagian “Yuran dan Fi.”
  6. Klik “MRSM” dan masukkan no kad pengenalan pelajar.
  7. Pilih MRSM pelajar, jenis pembayaran, dan tingkatan serta klik “Teruskan.”
  8. Pilih “FPX” dan pilih bank serta klik “Teruskan.”
  9. Daftar masuk perbankan internet dan buat pembayaran.
  10. Cetak dan simpan resit pembayaran tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai aplikasi MARAeps ini boleh dibuat menerusi email ke alamat emel [email protected] atau menghubungi MARAeps Careline di talian 03-27711217/03-27711272/03-27790705.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: