Permohonan Asasi UTM & UIAM Saluran Terus (Tanpa UPU)

Tahukah anda bahawa anda boleh memohon Asasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerusi saluran terus tanpa UPU?

Saluran Terus merujuk kepada laluan alternatif untuk pelajar mendapat kemasukan ke Universiti Awam Malaysia tanpa perlu melalui proses permohonan tradisional secara berpusat yang ditadbir oleh sistem kemasukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.

Pengambilan Terus yang ditawarkan oleh Universiti Awam bertujuan memberi alternatif lain terutama kepada pelajar yang tidak mendapat program pilihan mereka berikutan persaingan sengit di UPU.

Walau bagaimanapun, tempat yang diperuntukkan untuk Saluran Terus adalah sangat terhad tertakluk kepada mereka yang membuat permohonan awal.

Tawaran ini adalah khusus untuk lepasan SPM/SPMV/IGCSE/GCSE/GCE-O Level dan setaraf.

Permohonan bagi saluran terus untuk UTM akan ditutup pada 30 Oktober 2023 manakala untuk ke UIAM, permohonan akan ditutup pada 25 Oktober 2023.

Kelebihan Saluran Terus

Terdapat beberapa kelebihan untuk mereka yang menggunakan saluran terus antaranya:

  • Permohonan terus melalui sistem kemasukan universiti.
  • Tiada persaingan untuk pilihan program seperti di UPU.
  • Tiada pertimbangan merit sebagai syarat kemasukan seperti di UPU.
  • Tawaran terus daripada universiti sekiranya memenuhi syarat kemasukan.
  • Panduan & khidmat nasihat proses permohonan secara percuma daripada Uni Assist.
  • Laluan khas ke program Sarjana Muda UTM & UIAM. 

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) UTM

  • Sains Hayat
  • Sains Fizikal
  • Sains Sosial

ii) UIAM

  • Undang-Undang
  • Kejuruteraan dan Sains Komputer
  • Ekonomi dan Sains Pengurusan
  • Sains Kemanusiaan
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa
  • Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa
  • Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa

Syarat Kemasukan

Untuk syarat kemasukan ke UTM dan UIAM, sila rujuk kepada dokumen di bawah:

I) UTM

ii) UIAM

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.uniassist.my/foundation?fbclid=IwAR2Cn5IQK7jYf1gFOQjTpvkMS5TWyqr8mid0sIaP1glSKWZvqjawWjW0f9w
  2. Klik butang “Apply Now.”
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai permohonan Asasi UTM dan UIAM melalui saluran terus, sila layari laman web https://www.uniassist.my/foundation.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: