Permohonan ASEAN-Maybank Scholarship Programme 2023

ASEAN-Maybank Scholarship Programme merupakan program perkongsian biasiswa antara Yayasan Maybank dan Sekretariat ASEAN.

Untuk makluman, program biasiswa ini telah dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-54 Hari ASEAN di Jakarta pada 8 Ogos 2021.

Program biasiswa ini direka untuk khusus untuk warga ASEAN yang berbakat dan layak dengan biasiswa penuh untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda di universiti berprestij di luar daripada negara mereka sendiri, tetapi di dalam rantau ASEAN dalam menggalakkan proses integrasi intra-ASEAN.

Untuk pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 28 Februari 2023.

Pakej Biasiswa

Pakej biasiswa yang ditawarkan merangkumi:

  • Yuran pengajian.
  • Elaun bulanan, penginapan, dan buku.
  • Komputer riba.
  • Elaun tempat tinggal (one-off).
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik.
  • Caruman insurans.
  • Yuran kemasukan universiti.

Senarai Universiti

Senarai universiti yang terlibat dalam program biasiswa ini adalah seperti berikut:

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Pengurusan perniagaan
  • Sains Data, Ekonomi
  • Keusahawanan
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Matematik
  • Sains Politik
  • Pengurusan Risiko
  • Kerja sosial
  • Kursus berkaitan industri masa depan (Contohnya: Pengaturcaraan Komputer, Pembangunan Web, Pembangunan Perisian, Pembangunan Aplikasi Mudah Alih, Reka Bentuk UI/UX, Sains Data, dan lain-lain)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara dalam mana-mana 10 negara anggota ASEAN.
  2. Mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Berkelulusan pengajian pra-universiti dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau setara.
  4. Bidang pengajian disenaraikan antara disiplin program yang diluluskan.
  5. Menerima surat kemasukan atau surat tawaran daripada universiti dalam keahlian ASEAN University Network.

Kaedah Memohon

Permohonan program biasiswa ini boleh dibuat menerusi pautan https://www.maybankfoundation.com/index.php/what-we-do/our-pillars/education/item/asean-maybank-scholaship-programme.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ASEAN-Maybank Scholarship Programme 2023, sila layari laman web https://www.maybankfoundation.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: