Asrama Semai Bakti FELDA: Permohonan Tingkatan 1 2025
Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA mempelawa murid tahun 6 sesi persekolahan 2024/2025 warga FELDA yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti sistem pendidikan di asrama ini..
Berikut adalah maklumat dan info mengenai asrama ini.
Mengenai Asrama Semai Bakti FELDA
Untuk makluman, asrama ini diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar.
Asrama ini juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.
Bagi murid yang berminat, permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 16 September 2024 sehingga 16 Oktober 2024 secara online.
Lokasi Asrama
Terdapat 3 lokasi asrama ini di seluruh negara iaitu:
- Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur
- Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru
- Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang
Syarat Utama
Syarat utama untuk memasuki asrama ini adalah seperti berikut:
- Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA/Kumpulan FELDA.
- Calon memohon secara dalam talian (online).
- Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
- Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP).
- Calon yang tidak menduduki UKKP tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ASBF tahun 2025.
- Calon yang lulus UKKP akan di panggil ke sesi temuduga.
Syarat Tambahan
Selain itu, terdapat syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:
- Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
- Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.
Cara Memohon
Untuk memohon kemasukan ke asrama ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/XqGNwGVVvTLxRN2t7.
- Isi makumat di setiap bahagian berikut:
– Bahagian A : Maklumat Pemohon (Murid)
– Bahagian B : Maklumat Peribadi Waris
– Bahagian C : Pilihan Asrama Semai Bakti FELDA
– Bahagian D : Maklumat Ko-Kokurikulum
– Bahagian E : Pilihan Pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)
– Bahagian F : Pengesahan Maklumat
– Bahagian G : Muat turun borang pengesahan warga FELDA - Klik butang ‘Sumbit’ setelah semua maklumat diisi.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke asrama ini, sila layari laman web https://linktr.ee/asbfeldaonline.
Baca juga: Semakan Pusat PKSK Sesi 2025/2026