Ayat Tunggal: Maksud & Contoh Penggunaanya

Bagi subjek Bahasa Malaysia, murid-murid di sekolah sudah semestinya pernah mendengar mengenai ayat tunggal tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat tunggal?

Dalam erti kata yang lebih mudah, ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

Ayat tunggal lazimnya merupakan ayat yang pendek kerana hanya mempunyai satu subjek dan predikat yang digunakan.

Subjek & Predikat

Apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan juga predikat?

Subjek bermaksud bahagian ayat yang diterangkan.

Subjek boleh terdiri daripada kata berikut:

  • Kata Nama
  • Kata Ganti Nama
  • Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
  • Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek dan frasa yang lazimnya digunakan sebagai predikat adalah:

  • Frasa nama
  • Frasa kerja
  • Frasa adjektif
  • Frasa sendi nama

Contoh Ayat Tunggal

Berikut merupakan contoh ayat tunggal yang boleh dijadikan rujukan:

1. Kata Nama+Frasa Nama

Contoh: Klang merupakan bandar diraja Selangor.

Keterangan: Dalam ayat ini, “Klang merupakan” kata nama yang berfungsi sebagai subjek manakala ayat “merupakan bandar diraja Selangor” merupakan predikat iaitu frasa nama yang merujuk kepada subjek.

2. Kata Nama+Frasa Kerja

Contoh: Hussain sedang mendengar radio.

Keterangan: Dalam ayat ini, “Hussain” merupakan subjek iaitu kata nama manakala “sedang mendegar radio” ialah predikat iaitu frasa kerja yang menerangkan perbuatan subjek.

3. Kata Ganti Nama+Frasa Adjektif

Contoh: Dia sangat pantas

Keterangan: Dalam ayat ini, “Dia” merupakan subjek iaitu kata ganti diri ketiga dan sangat pantas merupakan predikat iaitu frasa edjektif yang menerangkan sifat subjek.

4. Kata Ganti Nama+Frasa Sendi Nama

Contoh: Saya ke sawah padi setiap hari.

Keterangan: Dalam ayat ini, “Saya” ialah subjek iaitu kata ganti diri nama pertama manakala “ke sawah padi setiap hari” merupakan predikat iaitu frasa sendi nama kerana mempunyai kata sendi di dalam frasa tersebut iaitu “ke.”

5. Kata Adjektif+Frasa Sendi Nama

Contoh: Merah umpama lambang keberanian.

Keterangan: Dalam ayat ini, “Merah” ialah kata adjektif sebagai subjek manakala “umpama lambang keberanian” ialah predikat yang merujuk kepada frasa sendi nama kerenan mempunyai kata sendi iaitu “umpama.”

Info Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ayat tunggal, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=DRNaOjVQ8C4.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: