Back To School MBI Selangor 2022: Inisiatif Tunai RM100

Ibu bapa warga Selangor berpeluang untuk mendapatkan bantuan Back To School MBI Selangor berjumlah RM100.

MBI Selangor merupakan badan yang ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No: 3 1994) pada 21 September 1994.

Menariknya, badan ini ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Selain itu, badan ini juga berperanan mempromosi dan mendukung usaha pembangunan negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Tarikh permohonan bantuan ini telah dilanjutkan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Januari 2023.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pengundi di DUN yang dipohon.
  3. Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.
  4. Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.
  5. Pemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat melalui pejabat DUN atau penyelaras DUN dalam tempat tinggal pemohon.

Sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN (rujuk http://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dibawa bersama ke pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk membuat permohonan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Bapa
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu
  3. Salinan Kad Pengenalan Anak
  4. Salinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)
  5. Pengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)

Sumber: https://selangorkini.my/2022/12/permohonan-bantuan-kembali-ke-sekolah-mbi-dilanjutkan-hingga-31-januari/?fbclid=IwAR3ghB0A9HwyHSK4BQDP9GTFYOM0iupmN-hYuApAQ_HDADsCbm1kzqRc0xM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *