BAIK: Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah 2024

Kerajaan Negeri Sabah telah membuka permohonan baharu iaitu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2024 untuk pelajar-pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan pembelajaran.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.
Apa Itu Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah (BAIK)?
BAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.
Pelajar yang layak akan menerima bantuan komputer berkenaan menerusi kriteria yang ditetapkan.
Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian untuk mendapatkan bantuan ini.
Pelaksanaan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah
Pelaksanaan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dimulakan pada tahun 2021 bagi Fasa 1 melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pelaksanaan inisiatif Fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyak RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.
Untuk tahun 2024, bantuan ini diteruskan bagi meringankan beban pelajar untuk memiliki komputer.
Kriteria Permohonan
Kriteria permohonan Bantuan Ihsan Komputer yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
- Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih.
- Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa), Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa), Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah), Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.
Cara Memohon Bantuan Ihsan Komputer (BAIK 2023)
Permohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:
- Layari pautan permohonan https://baik.sabah.gov.my/.
- Klik butang ‘Permohonan.’
- Klik butang ‘Belum Daftar? Klik DiSini.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk ke dalam laman web tersebut.
- Buat permohonan sehingga tamat.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Surat beranak (Pemohon & ibu bapa)
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa)
- Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)
- Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.
Maklumat Lanjut Bantuan Ihsan Komputer (BAIK Sabah)
Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK, sila hubungi:
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.
Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-36989