BAKIPT 2023: Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Kedah RM300
Anak-anak Negeri Kedah yang berjaya memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang untuk mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah menerusi Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) bagi sesi kemasukan Januari hingga Jun 2023.
Oleh itu, pelajar baharu yang memasuki IPT pada tahun ini dialu-alukan untuk memohon dan permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian mulai 1 Julai 2023 sehingga 31 Oktober 2023 untuk semester pertama kemasukan baharu iaitu Julai 2023 hingga November 2023.
Pengenalan BAKIPT
iBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan buat anak-anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke IPT.
Kadar Bantuan BAKIPT
Kadar bantuan bagi pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah RM300.
Syarat Kelayakan iBAKIPT
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut:
– RM3,000.00 dan ke bawah: Tiada syarat bilangan anak.
– RM3,001.00 hingga RM6,000.00: Mempunyai 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja. - Permohonan dibuka bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bagi semester pertama kemasukan baharu 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dalam negara atau luar negara (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency).
- Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian atau mengemukakan resit bayaran/Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT.
- Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
Kategori Tidak Layak Memohon
Pemohon berikut tidak layak untuk membuat permohonan:
- Pelajar Sijil/Asasi/Matrikulasi/Foundation
- Pelajar Pasca-Siswazah (Sarjana/Master/Ph.D)
- Pelajar separuh masa
- Pelajar luar kampus
- Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
- Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
- Pelajar di bawah latihan separa perubatan di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Tatacara Permohonan BAKIPT 2023
Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt.
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Pergi ke menu ‘Perkhidmatan’ dan klik butang ‘BAIKPT.’
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.
- Salinan Akaun Bank/Penyata Bank.
- Borang Pengesahan Tempat Tinggal oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Penajaan (BAKIPT) di talian 04 702 7272/04 702 7297 atau email ke [email protected].