Tatacara Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022
Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah menawarkan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 kepada pelajar yang bermastautin secara tetap di Wilayah Persekutuan.
PRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan.
Bagi aspek pendidikan, PRIHATIN telah mewujudkan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 melalui kerjasama dengan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (MAIWP).
Oleh itu, pemohon yang berminat untuk membuat permohonan boleh membuat permohonan sehingga 31 Julai 2022 dan permohonan terhad bagi 2000 orang penerima awal sahaja.
Jenis Bantuan
Jenis bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Bantuan wang pendahuluan/pendaftaran.
- Bantuan cermin mata percuma.
- Sumbangan Laptop MAIWP.
- Bantuan kelengkapan asas.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini ialah:
- Pemohon harus melengkapkan semua butiran permohonan yang diperlukan.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan yang boleh dijadikan panduan pemohon adalah seperti berikut:
- Layari pautan https://www.yayasanprihatin.com/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-BANTUAN-JPKM.pdf dan muat turun borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semua dokumen tersebut ke alamat:
Sekretariat JPKM 2022,
Yayasan Prihatin Nasional,
No. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,
40170, Setia Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan berikut perlu dihantar kepada pihak JPKM iaitu:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan penyata bank
- Bil yuran pelajar (jika berkaitan).
- Penyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga.
- Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022, sila layari laman web https://www.yayasanprihatin.com/bantuan-awal-pendidikan-jpkm/.