Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan 2025 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan taikh agihan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan 2025

BAP merupakan bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bermatlamatkan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju untuk menerusikan Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2025.

Tujuan bantuan tersebut diberikan lebih awal adalah bagi membolehkan mereka mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah untuk sesi akan datang.

Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar)

Tarikh Agihan Bantuan

Tarikh agihan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025: 13 Januari 2025.
  • Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026: 16 Februari 2025
  • Tingkatan 6 baharu: 1 Julai 2025.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia.
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 yang setaraf dengannya; dan
  3. Murid bersekolah di:
    – Sekolah Kerajaan (SK)
    – Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    – Sekolah Agama
    – Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan (kecuali sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat)
    – Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    – Sekolah Integriti
    – Sekolah Henry Gurney
    – Maktab Rendah Sains MARA
    – Maktab Tentera Diraja

Kaedah Penyaluran

Agihan kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut:

  • Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah); atau
  • Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
  • Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu https://www.moe.gov.my/.

Baca juga: Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: