Pelajar UiTM yang mengalami bencana alam seperti banjir, kebakaran, atau dipanah petir, mereka boleh memohon bantuan daripada Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM menerusi Bantuan Bencana Alam.
Bantuan Bencana Alam ini adalah bagi meringankan beban pelajar UiTM yang menghadapi musibah bencana alam yang menimpa mereka.
Oleh itu, pelajar yang terlibat dalam bencana alam adalah amat dialu-alukan untuk memohon bantuan ini.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang akan diperoleh pelajar yang layak adalah minima RM300 dan maksima RM3000.
Kadar bantuan yang akan diterima pelajar adalah bergantung kepada Jawatankuasa Kebajian yang akan menilai berdasarkan peratusan kerugian yang dialami pelajar.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:
- Pelajar sepenuh masa- peringkat Diploma, Sarjana Muda, dan Professional yang berstatus aktif.
- Bantuan yang melibatkan kerugian kepada barangan pelajar sahaja.
- Bayaran saguhati akan diberikan kepada setiap mangsa sebanyak RM50 jika tiada sebarang kerugian.
Tatacara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan berikut:
i) Pelajar UiTM Shah Alam:
- Layari portal iStudent Portal iaitu https://istudent.uitm.edu.my/.
- Klik bahagian “eHEP System”
- Log masuk dengan memasukkan student ID dan kata laluan.
- Pergi ke bahagian “Kebajikan (Bencana Alam).”
- Buat permohonan sehingga selesai.
ii) Pelajar UiTM Cawangan
Rujuk kepada pegawai Hal Ehwal Pelajar cawangan masing-masing.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi 03-5544 3545/3542 atau menghantar emel ke alamat [email protected].