Permohonan Bantuan Bencana Banjir Pelajar UMT

Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terlibat dalam bencana banjir boleh memohon Bantuan Bencana Banjir Pelajar UMT.

Untuk pengetahuan, UMT merupakan universiti yang bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979 yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Bermula pada 1 Februari 2007, universiti ini yang sebelumnya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM telah ditukar menjadi salah sebuah IPTA di dalam negara iaitu UMT.

Mengenai Bantuan Bencana Banjir

Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban para pelajar UMT yang terlibat dalam bencana banjir di Pantai Timur.

Setakat 22 Disember 2022, seramai 64,598 mangsa banjir direkod masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda lima negeri.

Lima negeri tersebut ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, dan Perak.

Tarikh Permohonan

Pelajar di universiti tersebut boleh membuat permohonan mulai 22 Disember sehingga 31 Disember 2022 secara atas talian.

Syarat Permohonan

Hanya 2 syarat permohonan yang ditetapkan kepada pelajar yang ingin memohon iaitu:

  1. Pelajar UMT
  2. Pelajar merupakan mangsa banjir

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://forms.gle/BUUuZoW7YJmUsy21A.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari Facebook Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT iaitu https://www.facebook.com/HEPAUMT/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: