Permohonan Bantuan Biasiswa Baitulmal Zakat Perak 2025

Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk memohon Bantuan Biasiswa Baitulmal 2025.

Berikut merupakan maklumat mengenai skim biasiswa ini dan cara membuat permohonan.

Mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Permohonan skim biasiswa pelajaran ini dibuka daripada 22 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025.

Manfaat Diperoleh

Murid yang layak memperolehi skim biasiswa pelajaran ini akan memperoleh manfaat-manfaat berikut:

  • Menerima biasiswa tahunan.
  • Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan.
  • Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Lahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin)
  4. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 (kecuali pelajar Kolej Vokasional) sesi persekolahan tahun 2024 yang cemerlang akademik dan kokurikulum tahun 2025.
  5. Cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum tahun sebelumnya berdasarkan merit.
  6. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.

Tatacara Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Tatacara permohonan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf?fbclid=IwY2xjawImJBtleHRuA2FlbQIxMAABHRoY9_BVnP7CtrW52kWlT0qkix0zGGuKeOyq0QiJt8OkYQNIfNhyZ6BPCQ_aem_4OTzWVe7T1Aubq_-GaTOPg
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan ke alamat berikut:

    Unit Pemerkasaan Asnaf,
    Bahagian Agihan Zakat,
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan semua ahli isi rumah;
  3. Salinan penyata pendapatan ibu/bapa atau penjaga (slip gaji/pengesahan pendapatan daripada penghulu;
  4. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan);
  5. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan);
  6. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2024;dan
  7. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Info Lanjut

Sebarang makluman lanjut mengenai Bantuan Biasiswa Baitulmal, sila hubungi nombor talian 05-208 4000 atau 019-5711383.

Baca juga: DPP UM 2025: Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: