Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP Ting. 1 2025

Ibu bapa daripada Wilayah Persekutuan yang mempunyai anak bersekolah di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP untuk pelajar Tingkatan 1 sesi 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP

Bantuan biasiswa ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa meringankan beban persekolahan anak-anak golongan asnaf bagi mendapatkan peluang pendidikan yang sempurna.

Dengan adanya bantuan ini, ianya dapat membantu ibu bapa terutamanya dalam membeli kelengkapan persekolahan serta pembiayaan pendidikan anak mereka.

Bagi mereka yang berminat, permohonan dibuka mulai 4 Mac hingga 7 April 2025.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
  4. Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan
  5. Telah tamat sekolah rendah tahun 6 sesi 2024 dengan Keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) minimum gred A bagi 5 subjek termasuk Bahasa Melayu dan keputusan Tahap Penguasaan minimum TP5 bagi subjek yang sama.
  6. Kelayakan adalah tertakluk kepada Keputusan Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang boleh didapati melalui https://www.maiwp.gov.my/ atau cawangan PAZA MAIWP.

Kaedah Penghantaran Borang Permohonan boleh dihantar sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 3 Bangunan Daruzzakah Kuala Lumpur atau MAIWP Putrajaya (Bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:

  1. Satu salinan kad pengenalan pelajar.
  2. Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan /surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  3. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
  4. Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  5. Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan
    masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  6. Satu salinan sijil kematian ibu / bapa.*
  7. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  8. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  9. Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  10. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  11. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  12. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar
    sekolah menengah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai biasiswa sekolah ini, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 2025/2026

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: