bantuan-dermasiswa-ipt-pondok

Permohonan Bantuan Dermasiswa IPT/Pondok MUIP

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau pondok daripada Negeri Pahang dialu-alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa IPT/Pondok daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Untuk makluman, Bantuan Dermasiswa IPT/Pondok yang diwujudkan oleh MUIP ini bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu:

  • Membantu pembiayaan pendidikan pelajar.
  • Sebagai kemudahan dan galakan.

Pelaksanaan bantuan dermasiswa ini diharap dapat membantu pelajar IPT/Pondok meneruskan pengajian mereka sehingga tamat.

Pelajar yang berminat untuk mendapat bantuan ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 31 Mei 2022.

Kategori Asnaf

Pelajar yang menerima bantuan dermasiswa ini adalah tergolong dalam kategori asnaf Fisabilillah.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah beragama Islam.
  2. Merupakan rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang.
  3. Pemohon berumur tidak kurang daripada 13 tahun.
  4. Pemohon dilahirkan atau bermastautin dalam negeri Pahang.
  5. Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok atau Diploma atau Sarjana Muda (sepenuh masa).
  6. Pemohon telah lulus keputusan peperiksaan tahun atau semester terkini.

Syarat Tambahan

Untuk pelajar pondok, syarat tambahan dikenakan mereka yang ingin memohon iaitu:

  1. Umur pemohon mulai 13 tahun hingga 25 tahun sahaja.
  2. Pusat pengajian atau pondok yang berdaftar dengan jabatan/majlis ugama islam negeri sahaja.
  3. Jumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 kali sahaja.

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan dermasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Penddaftaran Pengguna.’
  5. Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Buat permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa IPT/Pondok, sila layari laman web http://www.muip.gov.my/.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top