Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok MUIP 2023
Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Tahfiz/Pondok daripada Negeri Pahang dialu-alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Untuk makluman, Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok yang diwujudkan oleh MUIP ini bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu:
- Membantu pembiayaan pendidikan pelajar.
- Sebagai kemudahan dan galakan.
Pelaksanaan bantuan dermasiswa ini diharap dapat membantu pelajar IPT/Tahfiz/Pondok meneruskan pengajian mereka sehingga tamat.
Pelajar yang berminat untuk mendapat bantuan ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 16 Jun 2023.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800
- Tahfiz/Pondok: RM2,400
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000
- Lain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah beragama Islam.
- Merupakan rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok/Thafiz/Diploma atau Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.
- Pemohon telah lulus keputusan peperiksaan tahun atau semester terkini.
Syarat Tambahan
Untuk pelajar pondok, syarat tambahan dikenakan mereka yang ingin memohon iaitu:
- Umur pemohon mulai 13 tahun hingga 25 tahun sahaja.
- Pusat pengajian atau pondok yang berdaftar dengan jabatan/majlis ugama islam negeri sahaja.
- Jumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 kali sahaja.
Cara Memohon
Untuk memohon bantuan dermasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.
- Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’
- Klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Penddaftaran Pengguna.’
- Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga tamat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok, sila layari laman web http://www.muip.gov.my/.