Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat P. Pinang, MAINPP

Pelajar anak Pulau Pinang yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Bantuan dermasiswa ini diwujudkan bagi membantu pelajar daripada Pulau Pinang yang sedang melanjutkan mengajian di IPT dan tidak mendapat bantuan atau tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada pihak lain.

Dengan pemberian bantuan dermasiswa ini, diharap mampu meringkankan beban pelajar dan menyuntik semangat mereka untuk bersungguh-sungguh menghabiskan pengajian mereka.

Permohonan bagi bantuan dermasiswa ini dibuka mulai 23 Mac 2022 sehingga 22 April 2022 secara atas talian.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah

Institusi Pengajian

Bantuan dermasiswa ini dibuka kepada pelajar di institusi pengajian yang tersenarai dalam Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Senarai tersebut boleh dirujuk melalui laman web https://www.mqa.gov.my/.

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  4. Tidak mendapat bantuan/tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah iaitu:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap sehingga selesai.
  6. Semak semua maklumat sehingga selesai.
  7. Hantar permohonan tersebut.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-549 8125/155.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *