Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri 2022

Yayasan DayaDiri telah membuka tawaran kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Biasiswa IPTA.

Untuk makluman, Yayasan DayaDiri merupakan yayasan yang menumpukan kepada pendidikan bagi membolehkan individu dan komuniti berdaya saing untuk berdikari dalam jangka masa panjang.

Objektif program biasiswa ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Bagi pelajar yang berminat, sila buat permohonan secara atas talian sebelum 14 Oktober 2022.

IPTA Layak Memohon

Pelajar di IPTA dalam senarai berikut layak untuk memohon:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  2. Jumlah pendapatan keluarga seluruh isi rumah kurang daripada RM4,850 sebulan (muat turun contoh dokumen pengesahan pendapatan).
  3. Telah mendapat tawaran daripada institusi pengajian yang berkaitan.
  4. Akan mengikuti pengajian sarjana muda untuk kali pertama.
  5. Minimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-universiti/diploma/STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama, ATAU minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian sarjana muda Tahun Kedua.
  6. Belum mendapat biasiswa daripada badan- badan lain.
  7. Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.

Tatacara Permohonan

Pelajar boleh memohon menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://ydd.org.my/biasiswa-ipta/.
  2. Klik “Mohon Sekarang.”
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat dihantar dan dimuat naik.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Gambar berukuran pasport pemohon.
    Salinan Kad Pengenalan pemohon .
  2. Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
  3. Salinan Surat Tawaran insititusi.
  4. Salinan Transkrip Akademik pendidikan pengajian tinggi (Tahun Pertama Sarjana Muda/STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/lain-lain).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan SPM atau bersamaan.
  6. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan PT3 atau bersamaan.
  7. Salinan dokumen pendapatan yang telah disahkan untuk Bapa/ Penjaga 1 (Terkini tahun 2022-contoh: Slip Gaji 3 bulan terkini/Borang EA terkini/Surat Akuan Pendapatan terkini untuk mereka yang tiada pendapatan atau slip gaji-muat turun contoh dokumen).
  8. Salinan dokumen pendapatan yang telah disahkan untuk Ibu/Penjaga 2 (Terkini tahun 2022 – contoh: Slip Gaji 3 bulan terkini/Borang EA terkini/Surat Akuan Pendapatan terkini untuk mereka yang tiada pendapatan atau slip gaji- muat turun contoh dokumen).
  9. Salinan Sijil Kematian Bapa/Penjaga 1 atau Ibu/Penjaga 2 (jika berkenaan).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan Lanjut mengenai Bantuan IPTA, sila hubungi Yayasan DayaDiri iaitu 03–2380 6430.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: