Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM

Satu lagi bantuan untuk anak-anak veteran ATM dalam bidang pendidikan ialah Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada untuk anak-anak veteran ATM yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) atau Politeknik.

Untuk makluman, Bantuan Kemasukan IPT diwujudkan untuk meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke UA atau Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Bantuan kemasukan ini dikhususkan kepada anak-anak veteran ATM yang menyambung pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan kemasukan ini adalah seperti berikut:

  • Peringkat Diploma: RM1,000.
  • Peringkat Ijazah Pertama: RM1,500.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Veteran ATM- Pemilik Kad ATM.
  2. Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan (tidak ditetapkan had umur). Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
  3. Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran atau kemasukan ke UA/Politeknik.
  4. Permohonan dihadkan kepada Pelajar UA dan Politeknik sahaja
  5. Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  6. Semua kursus pengajian di IPT luar Negara tidak layak dipertimbangkan
  7. Semua kursus pengajian professional tidak layak dipertimbangkan.
  8. Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah tidak layak dipertimbangkan.

Syarat Permohonan

Selain itu, syarat permohonan turut dikenakan terhadap pemohon yang ingin membuat permohonan iaitu:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh kemasukan atau pendaftaran ke Universiti Awam/Politeknik.
  2. Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  3. Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga.

Cara Memohon

Permohonan bantuan kemasukan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.jhev.gov.my/keluarga-dan-orang-tanggungan/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=32&catid=14&fbclid=IwAR32Q6tzBKtjf9VNe7MtkNr5EyRlcMcdJjG32YmzX22SLt1AWg2vSWzdSAk.
  2. Klik butang ‘Muat Turun.’ dan muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pejabat JHEV Cawangan adalah seperti berikut:

  1. Buku perkhidmatan.
  2. Sijil kematian veteran/pasangan.
  3. Kad veteran.
  4. MyKad veteran/pasangan/anak.
  5. Sijil lahir/Sijil anak angkat.
  6. Sijil nikah.
  7. Buku akaun bank.
  8. Tawaran kemasukan ke IPT dan resit pembayaran.
  9. Akaun pemohon.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan IPT, sila layari https://www.jhev.gov.my/ atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *