Bantuan Kewangan Khas Sarawak: RM1,200 Pelajar IPT Sarawak

Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS boleh mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM1,200 menerusi Bantuan Kewangan Khas (BKK).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan kewangan ini.
Mengenai Bantuan Kewangan Khas (BKK)
BKK merupakan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak kepada pelajar daripada Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS.
Bantuan ini diumumkan oleh remier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam Belanjawan Sarawak 2025.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar yang mengikuti kursus Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Menariknya, bantuan ini diberikan kepada pelajar Sarawak tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.
Jumlah Bantuan
Pelajar akan menerima RM 1,200 setahun dengan dua kali ansuran RM 600 diberikan setiap semester melalui akaun S PAY Global.
Pelajar yang sudah mempunyai ID Sarawak dan akaun S PAY Global yang aktif tahun ini akan layak secara automatik setelah didaftarkan dan disahkan.
Syarat Permohonan
Permohonan bantuan kewangan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:
- Pelajar Sarawak (salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah rakyat Sarawak).
- Pengajian peringkat Diploma atau Ijazah sahaja di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Pengajian sepenuh masa.
- Disokong dan disahkan oleh institusi.
Panduan Permohonan
Pemohon boleh memohon bantuan ini berpandukan kepada panduan di bawah:
i) Pra Syarat
- Daftar Sarawak ID di sarawakid.sarawak.gov.my
- Daftar akaun S Pay Global
- Layari laman web my-Yayasan dan log masuk menggunakan Sarawak ID.
- Klik butang “Apply” (Mohon).
ii) Permohonan
- Isi dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Muat turun borang pengesahan dan dapatkan pengesahan dari institusi pengajian.
- Muat naik dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
- My-Yayasan akan menganalisis permohonan dan kelayakan.
- Klik “Submit” untuk memohon program yang anda layak.
iii) Semak Status Permohonan
- Semak status permohonan di laman web my-Yayasan.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui emel atau SMS.
iv) Semak Status Bantuan
- Hanya untuk permohonan yang diluluskan.
- Muat turun, pasang dan log masuk ke aplikasi pelanggan my-Yayasan untuk semak status penyaluran bantuan.
- Bantuan akan disalurkan ke akaun S Pay Global anda.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Kewangan Khas (BKK), sila hubungi 082-441686 atau layari laman web https://[email protected].
Baca juga: