Bantuan Kewangan Pelajar Latihan Industri USM 2022 RM150 Sebulan

Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjalani latihan industri sama ada di agensi kerajaan atau industri pada tahun ini boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak USM menerusi Bantuan Kewangan Pelajar Menjalani Latihan Industri di Agensi Kerajaan/Industri.

Bantuan Kewangan Pelajar Menjalani Latihan Industri di Agensi Kerajaan/Industri ini adalah di bawah Program Khas Universiti di bawah Inisiatif Tahun 2022 – Central Agencies (Programs and Facilities) di bawah Kumpulan Wang Khas Tahun 2022 iaitu “2022 Programme: Internship, Competition, HEBAT”.

Menerusi program ini, peruntukan sebanyak RM50,000.00 disalurkan bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Oleh itu, pelajar USM yang menjalani latihan praktikal pada tahun 2022 boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan kewangan yang ditawarkan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan untuk 20 hari bekerja dalam sebulan bagi tempoh maksima 3 bulan.

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Keutamaan diberikan kepada pelajar B40.
  2. Pelajar Ijazah Pertama (sepenuh masa) yang bakal menjalani latihan industri pada tahun 2022.
  3. Pelajar yang menjalani latihan industri melebihi 2 bulan (di agensi kerajaan/industri).
  4. Hanya layak kepada pelajar yang tidak dibayar elaun atau sebarang jenis bayaran semasa menjalani latihan industri di agensi kerajaan/industri.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Layari laman pautan berikut iaitu http://hepa.usm.my/index.php/muat-turun/insentif-latihan-industri?fbclid=IwAR0PJreEF-gVOMgQvagAtwFYGG6vb_gkKLiGk6BqKffusUF_Ev6x6lClqKc.
  2. Klik butang ‘Download’ pada bahagian Borang Permohonan Bantuan Kewangan Menjalani Latihan Industri 2022 – V2.
  3. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi kepada alamat berikut:

    Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni,
    Division of Student Development Affairs & Alumni,
    Universiti Sains Malaysia,
    11800 USM.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Encik Ahmad Heidey Iskandar Bin Mohd Rayhan menerusi email di [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: