Permohonan Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli

Pelajar Orang Asli yang di seluruh negara adalah layak untuk menerima Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli ini disalurkan di bawah Skim Bantuan Galakan Pendidikan Orang Asli.

Bantuan ini merupakan bantuan yang disediakan kepada pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Pemberian bantuan ini diharap dapat membantu pelajar Orang Asli untuk berjaya dalam pelajaran mereka di peringkat menengah.

Kadar Bantuan

Mulai 2022, kadar bantuan ini telah dinaikkan daripada RM2 kepada RM4 sehari mengikut jumlah kehadiran yang disahkan oleh pihak sekolah.

Pemberian bantuan ini dijangka memanfaatkan sekitar16,000 pelajar Orang Asli di seluruh negara.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar mestilah berketurunan Orang Asli Semenanjung atau setara menepati takrifan di bawah Seksyen 3 Akta Orang Asli, 1954 (Akta 134).
  2. Pelajar sekolah menengah sahaja.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat menerusi kaedah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/3ZVo7TT.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan semua dokumen lampiran.
  4. Semua dokumen perlu dihantar ke pejabat JAKOA yang berhamnpiran.

Dokumen Lampiran

Dokumen lampiran yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Pihak Berwajib (contoh: sijil pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia/Pendaftar Pertubuhan Malaysia/Lembaga Hasil Dalam Negeri/dan lain-lain).
  3. Salinan buku akaun bank/penyata bank.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli, sila hubungi pejabat JAKOA Daerah yang berhampiran.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: