Belanjawan 2023: Bantuan Khas Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pemberian bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam berkhidmat memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Selain itu, pemberian bantuan khas ini juga dapat membantu penjawat awam untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih baik pada tahun ini.

Tidak hanya penjawat awam, para pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas yang diumumkan kerajaan ini.

Umumnya, bantuan khas ini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.

Tarikh Penyaluran Bantuan

Bantuan khas ini dibayar kepada penjawat awam bersama pembayaran gaji bulan pada April 2023.

Jumlah Bantuan

Penjawat awam dan pesara akan menerima kadar bantuan khas seperti berikut:

  • Penjawat Awam: RM700.00
  • Pesara Awam: RM350.00

Kategori Penjawat Awam

Pemberian bantuan khas ini adalah tertakluk kepada kategori penjawat awam yang ditetapkan.

Kategori penjawat awam yang layak mendapatkan bantuan khas kewangan ini adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Kakitangan kerajaan di bawah Skim Contract of Service.
  • Kakitangan kerajaan di bawah Skim Contract for Service.
  • Pesara kerajaan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: