ANIS: Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor 2023

Anak Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor berpeluang untuk mendapat bantuan khas daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2023.

Untuk makluman, ANIS atau singkatannya Anak Istimewa Selangor ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Program-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

Antara program yang dilaksanakan di bawah ANIS ialah Bantuan Khas ANIS dan Bantuan Didik ANIS.

Bagi permohonan Bantuan Khas ANIS, permohonan akan dibuka mulai 15 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023.

Mengenai Bantuan Khas ANIS

Bantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.

Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.

Untuk tahun 2021 sahaja, sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan inisiatif ini.

Bantuan ANIS Yang Ditawarkan

Bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Makanan/Keperluan Tambahan
  • Pembelian/Pembaikian Peralatan atau Mesin
  • Ubat-ubatan
  • Pendidikan (Pusat Terapi/Kelas Khas untuk Anak OKU)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah pengundi Negeri Selangor.
  3. Penerima bantuan hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa).
  4. Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
  5. Pengesahan Diagnosis daripada doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU).
  6. Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada permohonan pertama kali.
  7. Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40.
  8. Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.

Kaedah Membuat Permohonan ANIS

Permohonan boleh dibuat melalui laman web https://www.anisselangor.com/ ketika tarikh permohonan telah dibuka.

Borang permohonan perlulah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap dalam tempoh tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga).
  2. Salinan Sijil Kelahiran Anak.
  3. Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak (Jika tiada kad OKU).
  4. Kategori Peralatan/Barangan/Makanan- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  5. Kategori Pendidikan Khas/Sesi Terapi- Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  6. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Maklumat Lanjut ANIS

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: