Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Selangor RM150
Guru tadika di Negeri Selangor kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Khas Guru Tadika yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor.
Untuk makluman, Bantuan Khas Guru Tadika ini telah diumumkan oleh kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.
Bantuan khas ini mensasarkan seramai 10,197 orang guru tadika yang bakal menerima manfaat daripada bantuan khas ini.
Namun, hanya seramai 7,177 orang guru tadika telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama dan kerajaan negeri telah membuka permohonan ini bagi fasa kedua.
Oleh itu, permohonan bantuan khas bagi fasa kedua ini dibuka mulai 15 Ogos sehingga 6 September 2021.
Mengenai Bantuan Khas
Dalam pengumuman mengenai pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi bantuan pengusaha tadika dan guru tadika di negeri tersebut.
Matlamat pemberian bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban para pendidik terutamanya institusi pendidkan awal yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri Selangor.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang akan diberikan kepada guru tadika di Negeri Selangor yang layak adalah RM150.00 secara one-off.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan bantuan khas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://kitaselangor.my/.
- Klik butang ‘Mohon Di Sini.’
- Tandakan pada kotak ‘Bantuan Khas Pengusaha & Guru Tadika’
- Isi borang di sebelah kanan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.
Soalan Lazim
Matkamat utama bantuan khas ini diberikan adalah untuk meringankan beban para pendidik terutamanya institusi pendidkan awal yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri Selangor.
Tidak. Guru tadika yang telah menerima bantuan khas ini pada fasa pertama tidak layak memohon untuk fasa kedua.
Guru tadika yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM150.00.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan mengenai bantuan khas ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Selangor di talian 03-55447 550 atau email ke [email protected].