Bantuan Khas Penjawat Awam RM300 & Pesara RM200
Sempena Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bantuan khas penjawat awam sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
Perdana Menteri memaklumkan, pelaksanaan bantuan khas ini dijangka akan memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara.
Pemberian bantuan khas kepada penjawat awam ini diharap akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan.
Bantuan Khas Pesara Kerajaan
Selain bantuan khas penjawat awam, bantuan khas juga akan diberikan kepada pesara kerajaan sebanyak RM200.
Perdana Menteri menyatakan bantuan khas pesara kerajaan juga akan turut meliputi veteran tentera dengan atau tanpa pencen.
Syarat Penerima
Syarat penerima untuk bantuan khas ini adalah seperti berikut:
i) Penjawat Awam
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April 2023.
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang Iayak tersebut merupakan:
– Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
– Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
– Pegawai yang bercuti separuh gaji.
– Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
– Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
Selain itu, bantuan ini turut dibayar kepada:
- Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
ii) Pesara
- Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen.
- Penerima pencen terbitan.
- Pesara perkhidmatan awam skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
- Bersara atas sebab kesihatan.
- Veteran berpencen dan tidak berpencen.
Namun, terdapat juga penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan ini iaitu:
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat (bergantung kepada tempoh yang bakal diumumkan).
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam (bergantung kepada tempoh yang bakal diumumkan).
- Pegawai yang meletak jawatan (bergantung kepada tempoh yang bakal diumumkan).
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran untuk kedua-dua bantuan khas ini adalah pada 10 Ogos 2023.
Sumber: https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/68149-penjawat-awam-bakal-terima-bantuan-khas-rm300