Permohonan Bantuan Komputer Riba 2023 Yayasan N. Sembilan

Pelajar B40 di Negeri Sembilan yang masih belum mempunyai komputer riba bagi tujuan pendidikan boleh membuat permohonan menerusi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan.

Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.

Oleh sebab itu, bantuan ini diharap dapat membantu pelajar daripada golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli komputer riba untuk mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajian dari rumah dan sebagainya.

Pelajar yang ingin memohon bantuan ini perlu membuat permohonan secara atas talian kepada Yayasan Negeri Sembilan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan (no kad pengenalan 05/31/59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8) tahun  (sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan).
  3. Pelajar IPTA/Politeknik yang masih belajar di peringkat pengajian, Diploma dan Ijazah sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Permohonan hanya layak kepada pelajar tahun pertama 1 sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar).
  5. Sekiranya terdapat 2 permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya 1 pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/Cd9C23GPWLJNHDmr9.
  2. Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat 10 dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Surat tawaran belajar.
  3. Surat pengesahan belajar.
  4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  5. Penyata gaji bapa.
  6. Surat pengesahan pendapatan bapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).
  7. Penyata gaji ibu.
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).
  9. Salinan kad pengenalan bapa.
  10. Salinan kad pengenalan ibu.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau menghubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-762 8046.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: