Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor 2025

Anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS, satu lagi bantuan ditawarkan iaitu Bantuan Laptop Siswa Johor.

Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar baharu Tahun 1 (Semester 1) pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS, sebagai sokongan kepada sesi pengajian yang bakal bermula.

Mengenai Bantuan Laptop Siswa

Bantuan laptop ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pelajaran Johor untuk memastikan anak Johor yang melanjutkan pengajian di di IPTA/IPTS mendapat komputer riba atau laptop.

Pemberian bantuan ini diberikan kepada pelajar baharu Tahun 1 dan Semester 1 yang menyambung pengajian sepenuh masa.

Dengan adanya bantuan laptop ini, ini akan mengurangkan beban pelajar untuk membeli laptop bagi tujuan pembelajaran mereka.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan adalah pada 1 Julai 2025 sehingga 30 Julai 2025.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1.  Lahir atau menetap di Johor (minima 5 tahun)
  2. Kategori B40
  3. Pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda
  4. Tahun 1 (Semester 1), pengambilan tahun 2025
  5. Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS (rujuk senarai MQA iaitu:
    – Institusi Awam: https://www2.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm#
    – Institusi Swasta: https://www2.mqa.gov.my/mqr/akrbyipts.cfm)

Cara Memohon

Permohonan secara atas talian sahaja melalui kod QR atau pautan https://bantuan-ypj.com/mohon_komputer.php.

Pemilihan dan tapisan akan dilakukan oleh pihak YPJ berdasarkan kelayakan.

Pelajar yang berjaya akan dihubungi untuk pengambilan bantuan di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik

Pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut semasa membuat permohonan iaitu:

  • Kad pengenalan pelajar
  • Surat tawaran IPT
  • Slip gaji ibu bapa/penjaga

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://bantuan-ypj.com/portal/.

Baca juga: PIL: Permohonan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: