Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Y.P Iskandar Puteri

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah membuka peluang kepada pelajar yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT.

Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang tinggal di Iskandar Puteri dan menyambung pengajian di IPT.

Pemberian bantuan ini dilakukan oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. 

Penubuhan yayasan ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan menaik taraf sosio ekonomi masyarakat di Iskandar Puteri.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara yang tinggal dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
  • Kemasukan pengajian ke semester pertama di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.
  • Lepasan SPM/STAM/STPM.
  • Hanya terbuka kepada golongan yang berpendapatan isi rumah RM 3860.00 dan ke bawah (B40).

Tatacara Permohonan

Permohonan untuk bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1MBSsaqT93__i56MYqM6b4GJtSFJ3FCcr/view.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang perlu disertakan.
  4. Hantar borang permohonan ke alamat:

    Yayasan Penyayang Iskandar Puteri,
    Aras 3, Wisma MBIP,
    81300 Skudai,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Perlu Disertakan

Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran ke IPTA/IPTS.
  2. Salinan keputusan SPM/STAM/STPM.
  3. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumah.
  4. Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT, sila layari laman web http://www.yayasanpenyayangiskandarputeri.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: