Permohonan Bantuan Musibah Zakat UKM

Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa kepada semua warga UKM yang terlibat dengan sebarang bentuk bencana seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan kediaman atau harta benda untuk memohon Bantuan Musibah.

Bantuan Musibah merupakan bantuan yang disediakan pihak Zakat UKM untuk membantu warga UKM yang terlibat dalam sebarang bentuk bencana yang berlaku.

Tambahan pula, pada ketika ini, pihak Met Malaysia telah memberi amaran cuaca buruk atau bencana banjir yang berlaku yang dijangka melanda beberapa buah negeri di Malaysia.

Oleh sebab itu, warga UKM yang terlibat dalam bencana ini adalah dialu-alukan dapat menghubungi pihak Zakat UKM untuk memohon bantuan ini.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Permohonan adalah pada tahun semasa kejadian.
  • Ditimpa musibah/bencana alam pada diri sendiri atau keluarga (pelajar).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman https://zakat.ukm.my/.
  2. Login ke dalam sistem tersebut.
  3. Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen yang wajib yang telah disahkan untuk melengkapkan permohonan ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Laporan polis atau bomba; atau
  2. Surat pengesahan Jawatankuasa Kampung/Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Daerah.
  3. Gambar kejadian.
  4. Penyata gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga/pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu melampirkan pengesahan tidak bekerja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Musbah ini, sila hubungi:

  • 03-8921 4225 (Kampus Bangi)
  • 03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)

Atau boleh terus ke kaunter Zakat UKM iaitu:

Kaunter Zakat UKM Bangi,
Aras 1, Masjid UKM,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Emel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: